Dulunya, sudut tangga ke pejabat ini kosong dan sedikit kotor...
Lantas, kami diminta untuk menceriakan sedikit kawasan ini.. Setelah otak diperah, tercetuslah idea untuk menghasilkan mural yang berkonsepkan Sains Angkasa. Mengambil inspirasi dari board angkasawan yang sedia ada di sudut tangga tersebut..
Hasil contengan kami, kini terjadilah sudut tangga ini begini....
Akhirnya, mural yang bertemakan Sains Angkasa ini dapat disiapkan dalam tempoh tiga hari (mungkin kot). Mengambil masa yang agak lama kerana ruang yang diberikan agak besar. Namun, bila buat dengan perasaan yang enjoy, tiga hari tak rasa lama pun. Hehe...
Alhamdulillah, projek pertama telah pun settle..
~ Teringat kata-kata seorang murid "Cikgu, terima kasih kerana menjadikan sekolah kami cantik".
Zuuuppp!!! terkesan di hati, murid yang hanya berumur 11 tahun tahu menghargai.....
0 comments:
Post a Comment